Pesawat Lufthansa disiasat

Pesawat Lufthansa disiasat

NEW DELHI, 15 Mei (dpa) – Pihak berkuasa penerbangan awam India sedang menyiasat kes pesawat udara Lufthansa Airbus A330 yang mengalami masalah tayar pecah ketika mendarat di Mumbai dan menyekat landasan utama lapangan terbang hampir 24 jam, menurut para pegawai hari ini.

Empat dari 10 tayar penerbangan Lufthansa dari Munich pecah ketika ia mendarat pada waktu tempatan 10:50 malam Jumaat lalu di Mumbai dari Munich, menurut Veena Chiplunker, jurucakap wanita bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji,Mumbai.

Pesawat udara itu telah ditunda keluar dari landasan pada pukul 10:20 malam waktu tempatan semalam ke ruang tempat letak selepas para jurutera Lufthansa menggantikan tayar-tayarnya, menurut Chiplunker.

Kira-kira lima penerbangan termasuklah kepulangan berjadual Lufthansa telah dibatalkan. Beberapa penerbangan jarak jauh yang lain dari lapangan terbang telah ditangguhkan dan telah dilencongkan.

Pesawat Lufthansa kini disiasat berikutan masalah tayar pecah ketika mendarat di Mumbai. - AFP
Pesawat Lufthansa kini disiasat berikutan masalah tayar pecah ketika mendarat di Mumbai. – AFP

Ketua Lembaga Pengarah Penerbangan Awam ‘bertanggung jawa bagi penyiasatan ke atas kejadian itu dan kami terpaksa menunggu hasilnya,” menurut jurucakap wanita Lufthansa di India, Deepika Bansai.

Apakah punca tayar-tayar pecah, Bansai berkata “Kami pastinya tidak akan membuat spekulasi tetapi akan bekerjasama dengan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam penyiasatan.”

177 orang penumpang dan kru dalam pesawat udara itu telah keluar menggunakan tangga yang diletakkan di landasan dalam tempoh beberapa jam ia mendarat dan tidak seorang pun penumpang mengalami kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA