Pesawat mendarat kecemasan, penumpang buat gangguan

Pesawat mendarat kecemasan, penumpang buat gangguan

DALLAS, 23 Sept – Seorang penumpang pesawat American Airlines ke Dallas diarah keluar selepas menyebabkan gangguan yang mendorong juruterbang membuat pendaratan tidak dirancang di Lubbock, Texas.

Syarikat penerbangan berkata, penumpang lain membantu pembantu penerbangan menghalang lelaki berkenaan ketika penerbangan awal pagi kelmarin dari Ontario, California.

Pegawai lapangan terbang dan penguat kuasa berkata, Jerry Ba Nguyen, 24, dari San Jose, California, dibawa ke hospital dan kemudian ke penjara Lubbock dan didakwa membuat ancaman keganasan. Afidavit tangkapan menyatakan beliau mengancam penumpang lain tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Jurucakap penerbangan, Ross Feinstein, berkata penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth disambung semula selepas tertangguh kira-kira sejam di Lubbock.

Pesawat Boeing 737 itu meninggalkan Ontario dengan 143 penumpang, termasuk seorang anak damit, dan enam anggota kru. – AP

ARTIKEL YANG SAMA