Pesawat pendarat sedia dilepaskan dari induk kapal

Pesawat pendarat sedia dilepaskan dari induk kapal

PARIS, 16 Okt – Sebuah pesawat pendarat Eropah akan berpisah daripada induk kapal hari ini untuk turun ke Planet Marikh kira-kira sejuta kilometer (621,000 batu), bagi menguji teknologi penting menjelang misi untuk menjelajah Planet Merah bagi mencari tanda-tanda kehidupan.

Operasi berisiko tinggi itu muncul hampir 13 tahun selepas cita-cita Eropah itu berdepan pukulan hebat apabila kapal peninjau pertamanya ke Marikh hilang semasa mendarat.

Pesawat pendaratan seberat 600kg itu digelar Schiaparelli akan berpisah dari kapal angkasa lepas tanpa kendalian manusia digelar Trace Gas Orbiter (TGO) selepas tujuh bulan, 496 juta kilometer membuat perjalanan dari Bumi.

Pemisahan itu dijadualkan berlaku pada 1442 GMT, dengan pendaratannya dijangka pada Rabu, menurut laman web ESA.

Operasi itu merupakan dasar ujian bagi babak kedua yang dipanggil misi ExoMars, satu penerokaan bersama dengan Rusia.

Bahagian kedua akan bermula pada 2020 dengan pelancaran pesawat rover yang direka untuk bergerak di sekitarnya dan menggerudi Planet Marikh bagi mencari kehidupan ruang angkasa – pada masa lalu atau akan datang.

Tindakan pemisahan hari ini itu akan diperhatikan dekat oleh pengawal misi di Darmstadt, Jerman, 175 juta kilometer jauhnya. – AFP