Pesawat pengangkut terbaru RAF mendarat di Brunei

Pesawat pengangkut terbaru RAF mendarat di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Pesawat pengangkut terbaru Airbus ATLAS A400M milik Tentera Udara Diraja (RAF) United Kingdom (UK) buat pertama kalinya mendarat di Brunei Khamis lalu, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di Brunei Darussalam hari ini.

Pesawat dengan nombor ZM400M pada ekornya itu merupakan yang terbaru dalam armada pesawat pengangkut RAF yang kini berjumlah 22 buah.

pg01_151217_b

Kenyataan itu berkata, pesawat yang dikendalikan oleh 70 Skuadron RAF itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 4:20 petang Khamis lalu bagi menghantar muatan untuk British Garrison di Seria.

ATLAS berupaya mengangkut muatan sehingga 25 tan sejauh 2,000 batu nautika dengan kelajuan setanding dengan pesawat-pesawat jet pengangkut tentera serta sesuai bagi tugas pengangkutan jarak jauh.

ZM406 ini dijangka menjadi pesawat pengangkut kerap ke Brunei pada tahun-tahun mendatang, kata kenyataan itu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA