Pesawat perang China lalui selat Jepun

Pesawat perang China lalui selat Jepun

BEIJING, 26 Sept – China telah menghantar kapal terbang pejuang untuk kali pertama di selat berhampiran Jepun, kata kedua-dua kerajaan hari ini, selepas Tokyo mengumumkan ia mungkin meronda bersama AS di Laut China Selatan.

Lebih daripada 40 pesawat udara tentera China semalam merentasi Selat Miyako di antara Miyako dan Pulau Okinawa di Jepun, melancarkan latihan di Pasifik Barat, menurut satu kenyataan di laman web kementerian pertahanan China.

Pesawat pejuang, pengebom dan kapal terbang mengisi minyak Sukhoi Su-30 tidak mencabul ruang udara Jepun.

Kementerian pertahanan Jepun berkata ia adalah kali pertama jet pejuang China telah melalui selat berkenaan.

Gambar fail menunjukkan pesawat pejuang Su-30 Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat China bersama pesawat pengebom H-6K ketika mengambil bahagian dalam latihan di Laut Timur China Ahad lalu. Pesawat-pesawat itu turut melalui selat berhampiran Jepun hari ini. – AP
Gambar fail menunjukkan pesawat pejuang Su-30 Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat China bersama pesawat pengebom H-6K ketika mengambil bahagian dalam latihan di Laut Timur China Ahad lalu. Pesawat-pesawat itu turut melalui selat berhampiran Jepun hari ini. – AP

Latihan bertujuan “menguji keupayaan pertempuran laut”, kata kenyataan China. Ia menyusuli penerbangan tentera pertama China, dijalankan oleh kapal terbang pengintip di Selat Miyako pada tahun lalu.

Tindakan itu diambil selepas Menteri Pertahanan Jepun Tomomi Inada berkata pada awal bulan ini bahawa Tokyo akan menambah penglibatannya di Laut China Selatan menerusi latihan bersama dengan Tentera Laut AS, latihan dengan tentera laut serantau dan bantuan pembinaan kapasiti kepada negara pantai.

Beijing memperlihatkan kedaulatan ke atas hampir kesemua Laut China Selatan, mengetepikan tuntutan sebahagian daripada negara jiran Asia Tenggara. Ia menolak mana-mana campur tangan oleh Jepun di jalan air itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA