Pesawat perang Rusia sasar kota kara AS, Britain

Pesawat perang Rusia sasar kota kara AS, Britain

WASHINGTON, 22 Julai – Pesawat perang Rusia mengebom kota kara di Syria yang digunakan oleh pasukan elit AS dan Britain bulan lalu serta beberapa tapak lain yang berkaitan dengan CIA, lapor Wall Street Journal hari ini.

Journal itu, yang memetik para pegawai AS sebagai sumbernya, berkata serangan udara yang tidak dilaporkan sebelumnya itu melanda pada 16 Jun dan 12 Julai adalah sebagai sebahagian daripada bidaan dari Moscow untuk menekan Washington agar bekerjasama lebih rapat dengannya di ruang udara Syria.

Kontinjen seramai 20 pasukan khas Britain telah berundur sehari awalnya sebelum serangan pertama pada 16 Jun, di garison kira-kira 10 batu dari sempadan Jordan di At-Tanf, menurut laporan.

Para pegawai AS dan komander pemberontak memberitahu Journal bahawa kota kara itu dilanda oleh munisi berangkai.

Percubaan AS gagal untuk menghalang Rusia daripada melancarkan serangan udara kedua di pangkalan itu, menurut laporan.

Kira-kira tiga minggu kemudian, pada 12 Julai, pesawat perang Rusia menyerang kem pemberontak yang digunakan anggota keluarga pejuang yang disokong CIA kira-kira 50 batu dari barat At-Tanf, menurut la-poran.

Para pegawai perisikan dan tentera AS memberitahu akhbar bahawa serangan itu telah mengukuhkan lagi tentangan di Pentagon dan CIA untuk bekerjasama dengan Rusia.

Namun Rumah Putih dan Jabatan Kerajaan, berusaha untuk mengelak krisis tentera bertambah buruk, memutuskan untuk mencapai kata sepakat, katanya. – AFP