Pesawat pertama sejak 4 bulan

Pesawat pertama sejak 4 bulan

ADEN, 7 Ogos ( AFP) – Pesawat penumpang pertama mendarat di Aden semalam dalam tempoh empat bulan.

Pengarah lapangan terbang Tarek Abdo berkata, penerbangan Yemenia dari Djibouti itu membawa pulang 158 warga Yaman yang melarikan diri selepas perang tercetus antara pemberontak Houthi Syiah dengan tentera yang setia kepada kerajaan dalam buangan pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.

“Lapangan terbang kini selamat dan mampu menerima penerbangan awam, terutama yang membawa pulang pelarian atau bantuan kemanusiaan,” katanya.

Namun, dia menegaskan hanya beberapa pesawat boleh mendarat di Aden dan buat masa ini belum ada perancangan untuk membenarkan penerbangan beroperasi secara kerap di situ.

Pesawat komersial pertama mendarat sejak penutupan lapangan terbangan empat bulan lalu disebabkan konflik. – Reuters
Pesawat komersial pertama mendarat sejak penutupan lapangan terbangan empat bulan lalu disebabkan konflik. – Reuters

Aden tempat perlindungan terakhir Abedrabbo sebelum melarikan diri ke Arab Saudi ditawan Houthi Mac lalu selepas kumpulan itu menguasi Sanaa dan beberapa kawasan lain di Yaman hujung tahun lalu.

Bandar itu mengalami kerosakan teruk akibat pertempuran dan serangan udara dilancarkan gabungan tentera diketuai Arab Saudi sejak hujung Mac lalu.

Lapangan terbang itu termasuk menara kawalan juga rosak teruk.

ARTIKEL YANG SAMA