Pesawat rempuh rumah di Brazil

Pesawat rempuh rumah di Brazil

SAO PAULO, 20 Mac (Reuters) – Roger Agnelli, seorang pengurus bank warga Brazil yang menjadikan Vale SA menjadi pengeluar bijih besi nombor satu di dunia, meninggal dunia kelmarin akibat nahas kapal terbang, menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa penerbangan memberitahu kepada Reuters. Beliau berusia 56 tahun.

Agnelli, bersama isteri dan dua orang anaknya antara tujuh yang terbunuh apabila pesawat udara beliau, Comp Air 9 turboprop, telah merempuh dua buah rumah pada sekitar 03:20 petang waktu tempatan (1820 GMT), beberapa minit setelah berlepas dari sebuah lapangan terbang di utara São Paulo, kata sumber itu.

Perkhidmatan kecemasan berkata, juruterbang dan enam penumpang terbunuh dalam kemalangan itu.

Pihak berkuasa penerbangan mengesahkan bahawa Agnelli adalah pemilik pesawat itu tetapi tidak dapat menyediakan senarai penumpang.

Pasukan bomba memadamkan api di sebuah rumah di mana pesawat kecil terhempas di pinggir bandar utara Sao Paulo, Brazil. - AFP
Pasukan bomba memadamkan api di sebuah rumah di mana pesawat kecil terhempas di pinggir bandar utara Sao Paulo, Brazil. – AFP