Pesawat ringan diuji di stratosfera

Pesawat ringan diuji di stratosfera

MINDEN, Amerika Syarikat, 8 Mei (AFP) – Airbus melengkapkan satu ujian penerbangan geluncur angin kelmarin yang dijangka akan membuat perjalanan ke pinggir angkasa, dalam langkah merintis ke dalam stratosfera.

Penerbangan Perlan 2, dari landasan kapal terbang di negara barat AS di Nevada, mengambil tempat dua jam selepas permulaan yang dirancang pada 1:45 yang tergendala disebabkan hujan lebat.

Ia hanya berlangsung dalam beberapa minit, berbanding 30 minit hingga dua jam seperti yang dijadualkan kerana pesawat itu dianggap lebih cekap dalam cuaca kering, menurut ketua juruterbang Jim Payne.

“Ia hanya sekejap,” ujar ketua eksekutif Tom Enders, selaku co-pilot, berkata selepas keluar dari pesawat itu.

“Disebabkan awan-awan, kami tidak berupaya melihat lagi, jika tidak kami kekal akan berada di atas sana.”

Jim Payne dan Tom Anders selepas menamatkan ujian penerbangan itu. – AFP
Jim Payne dan Tom Anders selepas menamatkan ujian penerbangan itu. – AFP

Penerbangan itu yang merupakan sebahagian daripada siri-siri dalam bulan kebelakangan dari kawasan pergunungan di timur resort Tasik Tahoe, berhasrat untuk menguji sejauh mana sebuah pesawat dan krewnya berupaya menghadapi keadaan-keadaan serupa dengan di Marikh, dengan atmosfera yang nipis dan keadaan suhu yang sejuk.

Airbus, menyokong misi kumpulan Perlan 2 yang melancarkan projek bercita-cita tinggi itu, bertujuan untuk menguji semua aspek pesawat tanpa kuasa itu, menerbangkannya pada beberapa kelajuan dan altitud dan meletakkannya dalam pelbagai senario tekanan dan gegaran.

Para perekanya berharap untuk menunjukkan pesawat ringan itu, dengan sayap yang panjang dan nipis cukup kuat untuk menahan tekanan-tekanan hebat yang boleh memusnahkan pesawat yang kurang padu.

Pada akhirnya, hanya stabiliti, kelajuan dan kecekapan sahaja yang diuji, apabila pesawat itu terbang pada hanya 7,000 kaki (2,130 meter) bagi penerbangan pendek itu.

“Pesawat itu begitu stabil. Kami mendapat apa yang kami gelar tindak balas seperti yang kami mahukan,” ujar Payne.

ARTIKEL YANG SAMA