Pesawat ringan hilang di Nepal, ditemui

Pesawat ringan hilang di Nepal, ditemui

KATHMANDU, 14 Nov – Bangkai pesawat udara ringan yang hilang di Nepal tahun lepas bersama dua orang di dalamnya telah pun ditemui, kata pegawai penerbangan hari ini.

Pesawat udara itu hilang sejurus selepas berlepas dari bandar peranginan gunung popular, Pokhara pada 8 Oktober bersama seorang juruterbang warga Rusia dan seorang pelancong Afrika Selatan di dalamnya.

Pasukan pencari telah dihantar ke kawasan itu selepas serpihan pesawat dikesan dari udara, kata ketua lapangan terbang Pokhara, Bhola Prasad Guragain kepada AFP.

“Pasukan itu menemui bangkai pesawat udara ringan dan tulang-tulang dari tapak tersebut.

“Tanda-tanda pada bangkai itu mengesahkan ia adalah pesawat yang hilang namun kami telah menyerahkan mayatnya kepada pihak berkuasa bagi menjalani ujian.”

Penerbangan menggunakan pesawat ringan sangat popular dalam kalangan pelancong di Pokhara bagi menyaksikan pemandangan panorama hebat gunung Annnapurna yang diliputi salji.

Pada 2013, seorang pelancong China dan seorang juruterbang Nepal terkorban apabila pesawat mereka terhempas di kawasan yang sama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA