Pesawat Rusia buat pendaratan kecemasan

Pesawat Rusia buat pendaratan kecemasan

VLADIVOSTOK, Russia, 30 Sept – Sebuah pesawat Rusia dalam perjalanan dari Beijing ke Moscow terpaksa membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang tempatan pada pagi hari ini selepas seorang penumpang yang mabuk mula membuat pertengkaran, menurut agensi berita Rusia TASS.

Pada 8:48 pagi waktu tempatan (0148 GMT), pesawat Rusia, Aeroflot, mendarat di Lapangan Terbang Yemelyanovo berhampiran bandar Siberia Krasnoyarsk apabila pertengkaran berlaku di atas kapal, kata laporan itu.

“Seorang penumpang Rusia, terbang mengikuti kelas perniagaan, telah didapati mabuk dan mula membuat pertengkaran.

Anak-anak kapal tersebut telah memilih untuk mendarat di lapangan terbang,” katanya.

Lelaki itu diserahkan kepada pihak polis dan dihantar bagi pemeriksaan perubatan.

Pesawat itu meneruskan penerbangannya kira-kira satu jam setengah kemudian dari Lapangan Terbang Yemelyanovo. – Xinhua