Pesawat SIA mendarat cemas di KLIA

Pesawat SIA mendarat cemas di KLIA

PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) – Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dipercayai mengalami masalah teknikal.

Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang tadi.

“Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA