Pesawat solar lepasi lautan Pasifik

Pesawat solar lepasi lautan Pasifik

SAN FRANCISCO, 24 April – Sebuah pesawat berkuasa solar yang membuat perjalanan di seluruh dunia telah bersiap sedia untuk mendarat di California untuk melengkapkan penerbangan berisiko, selepas tiga hari penerbangan merentasi Lautan Pasifik.

The Solar Impulse 2 telah terbang dalam corak bertahan di luar pantai San Francisco pada 70 peratus daripada tenaga yang tersimpan, sementara menunggu angin untuk reda bagi pendaratan di Moffett Airfield di Mountain View. Pesawat itu melakukan penerbangan melepasi Jambatan Golden Gate petang hari ini dengan jam penerbangan selama 56 jam yang bermula pagi Khamis lalu di Hawaii.

“Saya melintasi jambatan. Saya secara rasmi berada di Amerika,” kata Juruterbang Bertrand Piccard selepas melintasi binaan ikonik itu dan penonton melihatnya dari bawah. Piccard berkata perhentian di Silicon Valley, di mana lapangan terbang itu terletak, akan membantu menghubungkan projek itu.

Pesawat itu telah memulakan perjalanan mengelilingi dunianya pada Mac 2015 dari Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, dan berhenti di Oman, Myanmar, China dan Jepun. Perjalanannya di kawasan trans Pasifik adalah bahagian yang paling berisiko dari perjalanan global pesawat solar itu kerana kekurangan tempat pendaratan kecemasan. – AP

Solar Impulse 2 terbang melepasi Jambatan Golden Gate di San Francisco, pada Sabtu lalu. – AP
Solar Impulse 2 terbang melepasi Jambatan Golden Gate di San Francisco, pada Sabtu lalu. – AP