Pesawat solar mendarat di Mesir

Pesawat solar mendarat di Mesir

KAHERAH, 13 Julai – Solar Impulse 2 mendarat di Kaherah hari ini bagi perhentian kedua terakhir ketika kapal terbang berkuasa suria itu menghampiri penamatan penerbangan lama ke seluruh dunia.

Selepas penerbangan dua hari dari Sepanyol, hanya satu lagi pusingan terakhir menanti antara Sepanyol dan destinasi terakhirnya, Abu Dhabi, tempat ia memulakan pengembaraannya Mac tahun lalu.

Pesawat udara itu mendarat di Sepanyol bulan lalu, selepas menyelesaikan penerbangan rentas Atlantik pertama hanya dengan kuasa suria.

Selepas berlepas dari Seville pagi Isnin lalu, kapal terbang itu melintasi ruang udara Algeria, Tunisia, Itali dan Greece, dan terbang di ruang udara Piramid Giza sebelum mendarat di lapangan terbang Kaherah sekitar pukul 7:10 pagi.

Kru bantuannya bersorak gembira apabila kapal terbang yang tidak berat dari sebuah kereta tetapi memiliki panjang sayap Boeing 747, mendarat dan mengekorinya dengan berbasikal.

Andre Borschberg (tengah) dan Bertrand Piccard selepas mendaratkan Solar Impulse 2, pesawat berkuasa solar, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 13 Julai. – AFP
Andre Borschberg (tengah) dan Bertrand Piccard selepas mendaratkan Solar Impulse 2, pesawat berkuasa solar, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 13 Julai. – AFP

“Ini sungguh hebat, semuanya berjalan lancar,” juruterbang Andre Borschberg memberitahu menara kawalan, ketika siaran langsung dari kokpit disiarkan di laman Facebook Solar Impluse 2.

Dia muncul dari kokpit dan memeluk Bertrand Piccard, juruterbang yang bergilir-gilir dengan untuk menerbangkan pesawat itu ke seluruh dunia.

Solar Impulse telah terbang sejauh 35,400 kilometer seluruh dunia dalam beberapa peringkat dengan Piccard dan rakan senegaranya dari Swiss, Borschberg berganti-ganti mengawal kapal terbang yang mempunyai satu tempat duduk itu.

Piccard yang tiba awal untuk menyambut kapal terbang itu, memberitahu para pemberita bahawa menerbangkan Solar Impulse 2 menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh teknologi baru.

Juruterbang berusia 58 tahun itu telah menerbangkan kapal terbang itu menyeberang Atlantik dalam perjalanan 6,765 kilometer.

Ia telah menyempurnakan penerbangannya dari New York ke Seville dalam tempoh 71 jam, terbang mengharungi malam dengan tenaga yang disimpan dalam 17,000 sel fotovoltaik. “Ia adalah era tenaga baru,” ujarnya.

“Saya sangat suka menerbangkan pesawat ini kerana apabila kita berada di udara selama beberapa hari akan timbul rasa tanggapan berada dalam fiksyen sains,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA