Pesawat Somalia terhempas, 2 cedera

Pesawat Somalia terhempas, 2 cedera

MOGADISHU, 13 Okt – Sebuah Airbus 300 terhempas semasa mendarat semalam di Somalia selepas kehabisan bahan api berikutan percubaan yang gagal untuk mendarat di lapangan terbang Mogadishu, pegawai-pegawai dan saksi berkata.

Dua daripada tujuh anak kapal tercedera, sementara pesawat itu hanya mengalami kerosakan kecil, kata pegawai polis kanan Ali Hussein.

Pesawat yang tiba dari Mesir itu membawa makanan dan bekalan lain untuk tentera Kesatuan Afrika di Somalia, kata seorang pegawai penerbangan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Beliau berkata, pesawat itu tidak dapat mendarat disebabkan lapangan terbang itu ditutup pada waktu malam dan keadaan di landasan ketika itu tidak beroperasi.

Bangkai pesawat kargo yang membawa bekalan untuk tentera Kesatuan Afrika (AU) selepas membuat pendaratan kecemasan di luar ibu Somalia hari ini di Abirska, kira-kira 18 kilometer di luar ibu Somalia, Mogadishu. – AFP
Bangkai pesawat kargo yang membawa bekalan untuk tentera Kesatuan Afrika (AU) selepas membuat pendaratan kecemasan di luar ibu Somalia hari ini di Abirska, kira-kira 18 kilometer di luar ibu Somalia, Mogadishu. – AFP

Pihak berkuasa penerbangan Somalia tidak dimaklumkan tentang kedatangan kapal terbang itu, katanya.

Penduduk Mogadishu khuatir dengan keadaan pesawat yang terbang pada ketinggian yang rendah. Ia kemudiannya beralih ke kawasan Shebelle yang lebih rendah di mana ia terhempas kira-kira 25 kilometer di selatan Mogadishu, kata seorang pegawai keselamatan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Tentera Kesatuan Afrika menyekat kawasan itu, manakala mangsa telah dipindahkan dari lokasi kemalangan menggunakan helikopter tentera, Hussein dan saksi berkata. – NNN