Pesawat tanpa minyak jelajahi dunia

Pesawat tanpa minyak jelajahi dunia

HONOLULU, 22 April – Solar Impulse 2 meneruskan usaha mereka semalam untuk mengelilingi dunia tanpa menggunakan minyak, mengambil kesempatan ke atas cuaca yang baik untuk berlepas dari Hawaii.

Kapal terbang yang menggunakan cahaya matahari, dipandu oleh pengembara Swiss Bertrand Piccard, berlepas dari Lapangan Terbang Kalaeloa pada pukul 6:15 pagi selepas angin kencang menangguh penerbangan selama kira-kira 75 minit, gambar yang disiarkan secara langsung di Internet menunjukkan.

“Kami berada di udara,” kata juruterbang berusia 58 tahun itu tatkala pesawat udara berlepas dari lapangan terbang. Beliau berkongsi di Twitter pendapatnya mengenai misi, berkata: “Pelepasan adalah saat-saat paling menyeronokkan tetapi juga saat-saat di mana semua yang tidak diketahui berada di depan.”

Kapal S12 tidak dibenarkan terbang pada Julai tahun lalu apabila baterinya mengalami masalah pada pertengahan penerbangan sejauh 21,700 batu. Krew mengambil masa beberapa bulan untuk membaiki kerosakan akibat suhu tropika tinggi ketika peringkat terakhir penerbangan di Pasifik, penerbangan 4,000 batu di antara Nagoya, Jepun dan Hawaii.

Pesawat udara itu diterbangkan pada peringkat itu oleh rakan sepasukan Piccard Andre Borschberg, di mana perjalanan selama 118 jam itu memecah rekod sebelumnya selama 76 jam 45 minit yang dicatat oleh pengembara AS Steve Fossett pada 2006. – AFP

Solar Impulse 2 yang dipandu oleh Bertrand Piccard ketika berlepas dari Lapangan Terbang Kalaeloa, Hawaii, pada Khamis lalu. - AFP
Solar Impulse 2 yang dipandu oleh Bertrand Piccard ketika berlepas dari Lapangan Terbang Kalaeloa, Hawaii, pada Khamis lalu. – AFP