Pesawat tentera laut China rempuh bangunan

Pesawat tentera laut China rempuh bangunan

BEIJING, 12 Mei (AP) – Sebuah jet tentera laut pejuang China dalam misi latihan waktu malam telah merempuh bangunan di sebuah bandar timur, dimana juruterbang berjaya keluar dengan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut laporan Kementerian Pertahanan hari ini.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 07:30 malam Rabu di bandar Taizhou di wilayah Zhejiang. Kementerian itu berkata, bahagian kilang mesin jahit musnah akibat kemalangan itu, tetapi juruterbang itu berjaya keluar dan tiada mangsa yang cedera di daratan. Ia berkata tentera laut dan Armada Laut China Timur sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Jenis pesawat yang terlibat belum dapat dikenal pasti. Tentera laut China menjalankan jet pejuang J-7 dan J-8 yang sudah lama bersama dengan variasi jet canggih dari Rusia Su-27, termasuk versi yang diberikan kepada pengangkut pesawat pertama China, Liaoning.

Dalam ulasannya mengenai kemalangan itu, laman web kementerian itu berkata jumlah kemalangan itu mungkin akan meningkat kerana peningkatan ketegasan dalam latihan tersebut, termasuk misi waktu malam yang lebih sukar dan mencabar fizikal.

ARTIKEL YANG SAMA