Pesawat tentera terhempas di Iraq, 4 kru selamat

Pesawat tentera terhempas di Iraq, 4 kru selamat

WASHINGTON, 9 Mac (Reuters) – Sebuah pesawat udara Amerika Syarikat (AS) bersama empat anggota krunya terhempas di Iraq pada Sabtu, namun tidak ada yang cedera dan laporan awal mengatakan ia berkaitan tindakan musuh, menurut pegawai Jabatan Pertahanan kelmarin.

Awal kelmarin, laksamana Tentera Laut AS memberitahu Washington Post bahawa helikopter Tentera Laut menyelamatkan empat anggota kru pada Sabtu selepas pendaratan kecemasan dilakukan oleh pesawat peninjauan Tentera AS.

Misi menyelamat itu dilancarkan dari Irbil di utara Iraq, kata Laksamana John Richardson, menurut akhbar.

Pesawat itu memiliki enjin turboprop kembar, jenis sayap terpasang dan punca nahas masih lagi disiasat, kata pegawai Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan.

Para komander tentera AS menambah lebih banyak pasukan mencari dan menyelamat di utara Iraq tahun lepas selepas jet juruterbang pejuang Jordan terhempas dan dia ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh militan Islamic State (IS).

ARTIKEL YANG SAMA