Pesawat terbakar, penumpang cedera ringan

Pesawat terbakar, penumpang cedera ringan

LAS VEGAS, 9 Sept – Pesawat British Airways terbakar semalam ketika ia bersedia untuk berlepas dari Las Vegas, mencetuskan kru-kru untuk menghentikan penerbangan dan memindahkan penumpang-penumpang yang dalam ketakutan.

“Terdapat 159 orang penumpang dan 13 kru dalam pesawat itu,” kata Lapangan Terbang McCarren di Las Vegas. Ia menambah tujuh orang di dalam pesawat itu dirawat bagi kecederaan ringan.

Persekutuan Pentadbiran Penerbangan Awam berkata kebakaran berlaku di bahagian kiri enjin pesawat Boeing 777 yang memiliki 257 kerusi selepas 4:00 petang (2300 GMT) dan kru dengan segera menghentikan pelepasan dan mengarahkan pemindahan.

“Penumpang-penumpang diturunkan ke landasan kapal terbang menggunakan gelongsor kecemasan dan dibawa menggunakan bas menuju terminal,” jurucakap FAA, Ian Gregor memberitahu AFP.

“Pesawat itu, 777-200 pernah mengalami isu teknikal ketika bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas menuju London.

Kelihatan sayap pesawat yang terbakar ketika hendak berlepas dari Lapangan Antarabangsa McCarran di Las Vegas, Nevada. – AFP
Kelihatan sayap pesawat yang terbakar ketika hendak berlepas dari Lapangan Antarabangsa McCarran di Las Vegas, Nevada. – AFP

British Airways, yang berkata terdapat sedikit penumpang dalam pesawat, juga menggambarkan punca kebakaran sebagai ‘isu teknikal’.

“Kru-kru kami memindahkan pesawat itu dengan selamat dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan di lapangan terbang tersebut,” kata kenyataan syarikat.

“Sejumlah kecil pelanggan dan kru dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.”

Seorang koresponden AFP di lapangan terbang itu berkata kebakaran itu dapat dipadamkan dengan segera oleh sekitar 50 anggota bomba yang berkejar ke tempat kejadian dalam masa beberapa minit bersama dengan kenderaan kecemasan lain.

Penumpang-penumpang menggambarkan keadaan cemas dalam pesawat itu, dengan seorang saksi berkata terdapat “banyak jeritan” ketika asap memenuhi kabin dan kru menggeluarkan gelongsor kecemasan.

Sebahagian penumpang meletakkan imej-imej dramatik dan video yang menunjukkan asap dan api menyelubungi pesawat itu. ‘Baru sahaja dipindahkan dari penerbangan kami #BA2276 yang terbakar,” kata penumpang Dominic Wortington dalam Twitter.

Jacob Steinberg, seorang wartawan bagi harian British, The Guardian berkata dalam akaun Twitter miliknya bahawa dia tertidur dalam pesawat itu apabila tiba-tiba “dihentikan” di atas landasan kapal terbang.

“Pada awalnya diminta untuk kekal di tempat duduk, kemudian jeritan bagi pemindahan,” katanya, yang menambah, api jelas mencairkan sebahagian jendela-jendela pesawat itu.

“Mereka membuka pintu belakang dan meluncur turun ke bawah kemudian asap mula masuk ke dalam pesawat, diikuti dengan larian terburu-buru ke hadapan. Terlalu banyak kepanikan,” ujarnya. – AFP