Pesawat terhempas, 3 maut

Pesawat terhempas, 3 maut

CALI, COLOMBIA, 15 Okt – Tiga orang maut Rabu lalu apabila pesawat kecil yang mereka naiki terhempas di kawasan pedalaman di bandar Yumbo, di wilayah barat daya Colombia Valle del Cauca, Pegawai-pegawai Penerbangan Awam berkata.

‘Kakitangan daripada Penerbangan Awam bersama dengan Bomba Yumbo sedang mencari dan membuat kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian pesawat yang meragut 3 nyawa itu’, menurut Penerbangan Awam dalam akaun Twitternya.

Identiti mangsa termasuk seorang juruterbang warga Brazil, dan dua pekerja dari perbadanan wilayahnya Valle del Cauca tidak didedahkan dengan segera, institusi itu berkata. Cessna Brazil berdaftar 208 dilaporkan hilang pada 09:44, tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Alfonso Bonilla Aragon di bandar Palmira, dalam perkhidmatan penerbangan ke ibu kota wilayah Cali, pegawai Penerbangan Awam memberitahu EFE.

Pesawat itu, yang terlibat dalam kerja-kerja fotografi udara, hilang daripada paparan skrin radar ketika dalam penerbangan antara kampung Bitaco dan bandar La Cumbre.

Pesawat yang dimiliki oleh syarikat Micro-survey Brazil itu merupakan pakar dalam bidang kerja-kerja perundingan geofizik untuk industri perlombongan dan gas asli serta aktif dalam bidang kejuruteraan awam. – NNN

Penyelamat berdiri di sebelah pesawat Brazil yang terhempas di luar bandar Yumbo, Colombia pada 14 Oktober. – AFP
Penyelamat berdiri di sebelah pesawat Brazil yang terhempas di luar bandar Yumbo, Colombia pada 14 Oktober. – AFP