Pesawat terhempas, 3 terkorban

Pesawat terhempas, 3 terkorban

MASSACHUSETTS, 29 Jun (Agensi) – Sebuah pesawat kecil terhempas ke dalam sebuah rumah petang kelmarin, mengorbankan tiga penumpang di dalamnya, pihak polis berkata, tetapi pemilik rumah berjaya keluar apabila api menyelubungi rumah tersebut.

Pesawat Beecraft BE36 itu terhempas ke dalam sebuah rumah kira-kira 5:45 petang kelmarin, kata Jim Peters dari Pentadbiran Penerbangan Negara. Ia telah berlepas dari lapangan terbang Lancester di Pennsylvania dan hendak menuju ke lapangan terbang Norwood Memorial di Massachusetts.

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut hampir tiga jam selepas pesawat itu terhempas di Plainville, barat daya Boston, menurut jurucakap polis negeri Massachusetts Dave Procopio. Dia berkata pemilik rumah berjaya melepaskan diri dan dua orang dewasa dan seorang remaja dalam pesawat itu terkorban.

Pesawat tersebut terhempas di bahagian belakang rumah, di mana satu bahagian ekor dan sayap terbakar hinggap di pinggir bukit di kawasan rumah.

Jiran-jiran memberitahu Boston Globe bahawa satu keluarga merangkumi empat orang tinggal di rumah itu.

Manakala beberapa lagi melaporkan mendengarkan sesuatu yang tidak kena apabila pesawat itu terbang di kawasan kejiranan itu.

Mike Brown memberitahu The Sun Chronicle dia berada di luar apabila tengah barbeku apabila dia mendengar pesawat itu, melihat ke atas dan melihatnya mula menjunam.

Dia berkata lagi bunyi enjin pesawat tersebut seperti satu pemercikan dan kemudian mendengar satu kemalangan dan melihat asap.

Pihak NTSB dijangka akan tiba di tempat nahas hari ini.

Identiti mangsa kejadian tidak akan dikeluarkan sehingga pihak NTSB memaklumkan ahli keluarga mereka, menurut Peter.