Pesawat terima ancaman bom

Pesawat terima ancaman bom

MADRID, 5 Feb – Penumpang sebuah pesawat ke Riyadh dari bandar ini diarahkan keluar selepas nota serangan bom ditemui dalam pesawat terbabit yang kemudiannya disahkan palsu.

Pesawat Saudi Arabian Airlines itu dijadualkan berlepas pagi ini namun kapten pesawat meminta penumpang dipindahkan selepas menemui nota bertulis “bom 11.30”.

Pesawat itu kemudian dibawa ke kawasan terpencil di lapangan terbang itu untuk diperiksa.

Jurucakap pengendali lapangan terbang AENA yang enggan dikenali memberitahu AFP, maklumat yang diterima daripada polis mengatakan ia adalah amaran palsu.

Pasukan keselamatan dan penyelamat segera dikerah sebaik saja nota terbabit ditemui dalam pesawat SVA 226 yang membawa 97 penumpang dan 15 anak kapal. Selepas siasatan lanjut dalam pesawat, pihak berkuasa kemudian memutuskan tiada sebutir bom pun dalam pesawat.Lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa selepas itu.

Pesawat Saudi Arabian Airlines terpaksa membuat pendaratan kecemasan berikutan ancaman bom yang diterima. – Reuters
Pesawat Saudi Arabian Airlines terpaksa membuat pendaratan kecemasan berikutan ancaman bom yang diterima. – Reuters

Penerbangan itu adalah yang terbaru menerima ancaman palsu, ketika kebimbangan terhadap serangan pengganas memuncak, berikutan insiden jet penumpang Russia terhempas Oktober tahun lalu, di Semenanjung Sinai dan mengorbankan 224 orang.

Bulan lepas, sebuah pesawat penumpang India dipaksa untuk membuat pendaratan kecemasan di bandar barat negara itu Nagpur selepas menerima ancaman bom palsu.

Bulan yang sama juga, pesawat Sandinavian Airlines yang membawa 72 penumpang dari London menuju Stockholm diubah laluan ke Gothenburg dan para penumpang dipindahkan berikutan ancaman bom palsu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA