Pesawat tiba-tiba meletup

Pesawat tiba-tiba meletup

MOGADISHU, 3 Feb – Satu letupan pada pesawat penumpang telah membuatkan badan kapal berlubang di tepi sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di ibu negara Somalia, Mogadishu, menurut pihak polis hari ini.

Bagaimanapun, pesawat tersebut yang dikendalikan oleh Daalo Airlines yang dijadualkan untuk membuat penerbangan dari Mogadishu ke Djibouti dengan kira-kira 60 penumpang, selamat mendarat kembali.

Dua penumpang mengalami cedera ringan, menurut pihak polis.

“Pesawat tersebut melakukan pendaratan kecemasan sejurus selepas berlepas kelmarin, dan terdapat kerosakan di bahagian tepi pesawat di atas sayap sebelah kanan,” pegawai polis Somalia, Mohamed Isa berkata.

Dia menambah, ia tidak jelas apa yang menyebabkan letupan dan kebakaran itu dan siasatan kini sedang dijalankan.

Bahagian badan pesawat berlubang akibat dari letupan tersebut.
Bahagian badan pesawat berlubang akibat dari letupan tersebut.

“Para penumpang dalam keadaan ketakutan,” kata Abdiwahab Hassan, seorang pegawai lapangan terbang.

Beberapa gambar menunjukkan satu lubang besar kira-kira satu meter dalam diameter, mengoyakkan bahagian tepi pesawat dekat dengan sayap sebelah kanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA