Pesawat TransAsia mendarat cemas

Pesawat TransAsia mendarat cemas

TAIPEI, 8 Sept – Sebuah kapal terbang TransAsia Airways dengan 26 penumpang mendarat dengan hanya satu daripada dua enjinnya hari ini, tatkala syarikat penerbangan Taiwan menghadapi persoalan berlarutan mengenai rekod keselamatannya selepas dua nahas sejak Julai tahun lalu.

Penerbangan pada awal pagi dari Taipei ke Magong di pulau Penghu sedang membawa 22 penumpang dan empat krew apabila juruterbang kapal terbang ATR 75-500 mendapati kebocoran minyak kata syarikat penerbangan.

“Juruterbang menemui satu enjin kebocoran minyak pelincir dan terpaksa menutupnya sejajar dengan prosedur operasi standard,” kata kenyataan, menambah syarikat penerbangan segera menghubungi Pentadbiran Penerbangan Awam.

Kejadian itu berlaku selepas syarikat penerbangan Taiwan mengalami dua nahas teruk dalam tempoh 15 bulan lalu.

ARTIKEL YANG SAMA