Pesawat udara tidak berfungsi menyembah ke bumi

Pesawat udara tidak berfungsi menyembah ke bumi

NEW DELHI, 10 April (Xinhua) – Dalam satu kemalangan aneh, sebuah pesawat Air India milik pengangkutan kebangsaan India jatuh berderang berhampiran Lapangan Terbang Begumpet di bandar selatan Hyderabad hari ini ketika ia sedang ditunda oleh sebuah kren dari hangar.

Bagaimanapun, tidak ada laporan mengenai sebarang korban jiwa, kata para pegawai.

“Sebuah badan kapal yang ditempatkan di lapangan terbang Old Begumpet di Hyderabad telah dipindahkan dari hangar Air India untuk tujuan latihan,” menurut Air India dalam satu kenyataan.

“Badan kapal itu berjaya dibawa keluar dari lapangan terbang namun pada ketika kren tidak mengawalnya, badan kapal menjadi tidak stabil dan mengakibatkannya jatuh ke bawah. Walaupun badan kapal sudah menyembah ke bumi, ia boleh digunakan bagi tujuan latihan seperti yang dirancang pada awalnya.”

Satu siasatan telah dijalankan untuk mencari punca insiden itu, kata para pegawai.

ARTIKEL YANG SAMA