Peserta Bengkel 3P lawat Penjara Maraburong

Peserta Bengkel 3P lawat Penjara Maraburong

TUTONG, 8 Sept – Seramai 29 orang pegawai dan kakitangan kerajaan yang memberikan perkhidmatan program pemulihan di negara ini, telah mengikuti Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan (3P) Jabatan Penjara Bersama Agensi-Agensi Pemulihan sesi 2015 dan mengadakan lawatan ke Penjara Maraburong, petang tadi.

Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Cawangan Pusat Tahanan Polis Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Unit Tahanan dan Pemulihan, Keselamatan Dalam Negeri; Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik; Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat; Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah; Unit Kaunseling Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah dan Institusi Penjara-penjara.

Rombongan itu diketuai oleh Pemangku Penguasa Penjara, Haji Saini bin Haji Maidin selaku Ketua Pusat Latihan dan fasilitator bengkel.

Mereka dialu-alukan oleh Pemangku Penguasa Penjara, Awang Zakaria bin Salleh selaku Pemangku Pegawai Yang Menjaga Penjara Maraburong dan seterusnya menyampaikan taklimat mengenai fungsi dan program serta aktiviti yang dijalankan oleh Penjara Maraburong.

Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam Bengkel 3P yang bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pengendalian dan perjalanan pengurusan program pemulihan kepada para peserta bengkel terhadap perlaksanaan program-program pemulihan yang dijalankan di institusi penjara.

Para peserta Bengkel 3P yang melawat Penjara Maraburong.
Para peserta Bengkel 3P yang melawat Penjara Maraburong.

ARTIKEL YANG SAMA