Peserta bengkel tafaqquh terima sijil

Peserta bengkel tafaqquh terima sijil

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Seramai 65 peserta Bengkel Tafaqquh Kitab Turath Mazhab Shafi’i hari ini menerima sijil masing-masing selepas mengikuti bengkel selama dua hari anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i, UNISSA, Dr. Azme bin Haji Matali selaku pengerusi bengkel menjelaskan, dengan adanya bengkel ini diharap akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan mempelajari kitab Turath.

“Para peserta amat beruntung kerana tenaga pengajar bagi kedua-dua sesi bengkel ini adalah terdiri daripada para pensyarah yang berkepakaran dalam bidang fiqh sesuai dengan kitab yang akan diajarkan.

“Mereka ialah Prof Madya Dr. Abdel Wadoud Moustafa Moursi El Seoudi, Dr. Nurol Huda binti PDSM Dato Seri Setia Utama Dr. Haji Awang Ismail, Dr. Abdul Rahman Raden Aji Haqqi dan Dr. Maiga Mohamed Hamdikinane.”

Bengkel tersebut juga adalah usaha untuk mengetengahkan peranan Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi‘i, UNISSA yang dihasratkan akan menjadi medan penyelidikan Mazhab Shafi‘i di samping memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam usaha berterusan memberikan kefahaman yang benar dan tepat mengenai hukum-hakam dan isu yang berkaitan dalam permasalahan fiqh.

Tenaga pengajar bergambar ramai bersama sebilangan para peserta bengkel.
Tenaga pengajar bergambar ramai bersama sebilangan para peserta bengkel.

ARTIKEL YANG SAMA