Peserta BICTA tingkat kemahiran penyampaian

Peserta BICTA tingkat kemahiran penyampaian

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Seramai 50 peserta dari sekolah-sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan kolej swasta, serta para usaha ICT yang menyertai Anugerah ICT Brunei (BICTA), telah menghadiri bengkel penyampaian yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, Pejabat Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), Kampung Anggerek Desa.

Bengkel berkenaan telah dikendalikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MAD Incubator yang merupakan inkubator swasta terbesar dan terkemuka Malaysia, Andrew Wong, dan juga Pengasas Bersama Suhbe Co. Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latif.

Antara topik yang dibincangkan termasuklah Pitch on Your Feet: Mastering Table Topic Speaking, Organize Your Pitch, Speech Delivery, Selecting the Right Visual Aids to Suit Different Pitch Occasions dan Putting Them All Together and Pitch Practice. Selain itu, para peserta juga terlibat kegiatan dan penyampaian praktikal secara berkumpulan.

Menurut kenyataan AITI, bengkel “Penyampaian untuk Menang” ini adalah yang terakhir daripada tiga siri bengkel yang dianjurkan bagi para peserta BICTA 2015 untuk membantu mereka menghalusi kemahiran penyampaian dan mempersiapkan mereka dengan pengetahuan perlu, kemahiran dan tip untuk bersaing dan menyampaikan cadangan produk mereka kepada panel hakim.

Bengkel ketiga bagi peserta BICTA 2015 dikendalikan oleh Andrew Wong.
Bengkel ketiga bagi peserta BICTA 2015 dikendalikan oleh Andrew Wong.

Menerusi bengkel berkenaan, para peserta diberi bimbingan menerusi ucapan tanpa persediaan, teknik penyampaian ucapan dan penggunaan bantuan visual.

Para peserta diharap akan menggunakan kemahiran yang baru diperolehi ini untuk meningkatkan cadangan perniagaan baru mereka sebelum penyertaan terakhir BICTA pada 31 Julai 2015.

Dalam pada itu, AITI turut mengingatkan semua para peserta BICTA 2015 supaya menyerahkan penyertaan terakhir sebelum tarikh akhir 31 Julai 2015, pukul 4:00 petang.

Bagi keterangan lanjut dan pertanyaan para peserta boleh menghubungi Urus Setia BICTA di talian 2323232 / 2366678 atau e-mel ke alamat bicta@aiti.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA