Peserta Brunei juarai UCMX

Peserta Brunei juarai UCMX

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Peserta motocross wanita negara, Liyana binti Zakaria daripada Kumpulan Motocross Brunei mencatat sejarah apabila menjuarai Kejohanan UCMX (Ulu Choh Motocross), pusingan ketiga, yang berlangsung di Taman Lumpur Ulu Choh, Johor Bahru, baru-baru ini.

Liyana dinobatkan juara setelah bersaing dengan 10 peserta lain antaranya dari Malaysia dan Singapura dalam Kategori Wanita, sekaligus mencipta sejarah penyertaan peribadinya.

Manakala dua penunggang negara yang lain yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu iaitu Haji Jamil bin Haji Abdul Karim pula meraih tempat ketiga di dalam Kategori Veteran apabila berhadapan dengan lima peserta lain yang antaranya dimenangi oleh peserta dari Republik Dominican, Pablo Toribio yang sememangnya berpengalaman dalam acara berkenaan.

Sementara bagi Kategori Perdana C pula, Mohd Shahnizzam bin Haji Tamit berjaya berada di tempat kesembilan setelah bersaing dengan 30 pelumba lain yang jauh berpengalaman dalam perlumbaan seperti ini.

Haji Jamil mendapat tempat ketiga dalam Kategori Veteran. – Gambar Kumpulan Motorcross Brunei.
Haji Jamil mendapat tempat ketiga dalam Kategori Veteran. – Gambar Kumpulan Motorcross Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA