Peserta Diraja pecah rekod

Peserta Diraja pecah rekod

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim tampil juara selepas memecahkan rekod bagi kumpulan umur sembilan tahun ke atas di dalam Kejohanan Renang Terbuka Brunei dan Masters Jarak Pendek Pertama yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa Brunei, Sungai Akar.

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim juga berjaya memecahkan rekod peribadinya di dalam acara 50 meter kuak lentang, 50 meter gaya bebas, 100 meter kuak dada, 100 meter IM dan 200 meter kuak lentang.

Daripada aspek masa, Yang Teramat Mulia memecahkan rekod peribadinya iaitu 56 saat dengan catatan masa baru iaitu 53.11 saat bagi kuak lentang 50 meter dan memecahkan catatan 2:13.10 kepada 2:10.16 dalam kuak lentang 100 meter.

Dalam acara 50 meter gaya bebas pula, Yang Teramat Mulia mencatatkan masa 42.44 saat dan 1:54.30 dalam acara 100 meter IM dan menjadi peserta termuda dalam acara 200 meter kuak lentang dengan catatan masa 4:07.72

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah semasa berkenan bergambar kenangan sempena Kejohanan Renang Terbuka Brunei dan Masters Jarak Pendek Pertama, yang berlangsung di ISB, Sungai Akar.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa berkenan berangkat ke Kejohanan Renang Terbuka Brunei dan Masters Jarak Pendek Pertama yang berlangsung di ISB, Sungai Akar.

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa menyertai acara 100m Kuak Dada.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa menyertai acara 100m Kuak Dada.

ARTIKEL YANG SAMA