Peserta golf Brunei beraksi di Piala Audi quattro

Peserta golf Brunei beraksi di Piala Audi quattro

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Pasukan Golf Negara Brunei Darussalam berjaya menduduki tangga ke-24 daripada 55 pasukan ketika beraksi pada perlawanan golf Piala Audi quattro di Real Club de Golf El Prat, Barcelona baru-baru ini.

Pasukan golf negara yang terdiri daripada Pengiran Anak Haji Mohd Basheer bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj dan Lt Kol (B) Haji Mahmud bin Haji Yaakup beraksi dengan menewaskan sebahagian daripada pemain golf amatur dari 51 buah negara.

Sementara itu, juara bagi kejohanan tersebut disandang oleh Sebastian Kaul und Gerit Flohr dari Jerman (kumpulan net B), Eric Kelley dan Don Tate dari Amerika Syarikat (kumpulan net B).

Manakala Pasukan Jerman 1, bersaing untuk GolfPark Gudensberg, berjaya meraih kemenangan tambahan. Peserta kedua duo dari Jerman pula, Hendrik Scholten dan Benjamin Jansen (Kelab Golf Bielefelder) menduduki tempat keempat.

Para finalis beraksi dalam dua pusingan mengikut format foursome.

Pasukan yang mewakili negara pada kejohanan tersebut.
Pasukan yang mewakili negara pada kejohanan tersebut.

Format Par-72 telah direka oleh bekas pendahulu ranking dunia Greg Norman dan telah menjadi tuan rumah kepada ‘Open de Espana’ sebanyak sepuluh kali sebelum ini.

Menurut Ketua Pemasaran AUDI AG, Thomas Glas, kejohanan tersebut telah mempamerkan keseronokan para pemain, penonton dan para penganjur.

“Komitmen yang ditunjukkan oleh pemain golf sangat jelas. Jelas sekali, kemuncak utamanya adalah kejohanan peringkat akhir dunia.”

Acara kemuncak yang diadakan di Barcelona itu turut menarik wakil-wakil dari sukan lain seperti bekas pemain profesional, Hasan Salihamidzic dan pemenang sembilan kali ‘Le Mans 24 Hours’, Tom Kristensen.

Piala Audi quattro yang telah dianjurkan sejak tahun 1991 menyaksikan penyertaan lebih daripada satu juta pemain golf amatur dari seluruh dunia.