Peserta KACA terima hadiah

Peserta KACA terima hadiah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Pusat KACA, hari ini, telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Senyum dan Penyampaian Hadiah Peraduan Melukis dan Mewarna KACA 2016 Sempena Ulang Tahun KACA ke-30 yang berlangsung di Pusat KACA, Kampung Kiulap.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman berkata, seramai 75 orang kanak-kanak KACA dari seluruh daerah mengambil bahagian dalam peraduan mewarna dan melukis berkenaan. Menurut beliau lagi, peraduan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak berkenaan berinteraksi di antara satu dengan yang lain.

Salah seorang pemenang peraduan melukis dan mewarna menerima hadiah daripada tetamu kehormat.
Salah seorang pemenang peraduan melukis dan mewarna menerima hadiah daripada tetamu kehormat.

Mengulas mengenai sambutan ulang tahun Pusat KACA, beliau berkata, tahun depan pusat berkenaan akan memasuki usia ke-31 tahun dan beberapa program telah diaturkan dalam waktu terdekat.

“Insya-Allah pada tahun 2017, peraduan mewarna dan juga peraduan senyum KACA akan dilaratkan kepada persatuan-persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan NGO yang serupa di negara ini,” ujarnya.

Di majlis berkenaan, tetamu kehormat menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang peraduan mewarna dan melukis serta peraduan senyum KACA, seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada ibu-ibu yang menyertai dalam beberapa peraduan yang dianjurkan oleh Pusat KACA.

ARTIKEL YANG SAMA