Peserta KKPPW lawat Pusat Sejarah

Peserta KKPPW lawat Pusat Sejarah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Seramai 42 orang termasuk tiga orang pelatih bagi peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Sesi 2016 daripada Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, di sini, petang ini.

Dalam temu bual ringkas bersama Ketua Cawangan KKPPW, Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB, Leftenan Majidah binti Haji Sidek menyatakan, lawatan sambil belajar ini adalah antara aktiviti Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2016 yang berlangsung selama 11 minggu.

“Ini adalah antara lain memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah Negara Brunei Darussalam dan siri lawatan ini adalah diuruskan oleh para peserta yang kemudiannya akan dinilai melalui persuratan dan pentadbirannya,” jelasnya lagi.

Para peserta kursus ketika menyaksikan tayangan video mengenai sejarah Brunei.
Para peserta kursus ketika menyaksikan tayangan video mengenai sejarah Brunei.

Rombongan lawatan itu mula-mula mendengarkan taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei diikuti dengan sesi soal jawab dan seterusnya melawat ke galeri sejarah yang terdapat di bangunan tersebut.

Peserta kursus ini akan meneruskan siri lawatan mereka ke Kementerian Pembangunan esok (27 September 2016) yang juga termasuk dalam modul kursus para peserta yang akan menamatkan kursus mereka pada 14 Oktober 2016.

ARTIKEL YANG SAMA