Peserta Masjid Kg Kilanas juara

Peserta Masjid Kg Kilanas juara

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Pertandingan Tausyeh bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa/Jemaah dan Kumpulan Belia/Beliawanis Masjid Senegara Peringkat Saringan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun berlangsung hari ini di Masjid Kampung Bengkurong.

Muncul johan Kategori Belia Lelaki ialah kumpulan Tausyeh dari Masjid Kampung Kilanas dengan mendapat 90 mata, dan Kategori Beliawanis dijuarai oleh kumpulan dari Masjid Kampung Kilanas dengan mendapat 90.5 mata.

Manakala itu, muncul juara bagi Kategori Dewasa Perempuan ialah peserta dari Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Mulaut.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pertandingan berkenaan ialah Penghulu Mukim Kilanas, Haji Abdullah bin Haji Awang Halus. Turut hadir ialah, Ketua Kampung Bengkurong, Haji Taib bin Haji Abu Bakar.

Persembahan beliawanis dari salah sebuah masjid yang bertanding.
Persembahan beliawanis dari salah sebuah masjid yang bertanding.

Setiap juara kategori berkenaan bakal bertanding di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 26 dan 28 Mei 2016 ini di Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah, Kiarong.

Pertandingan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid, dan Ahli Jawatankuasa Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, ini bertujuan untuk menghidupkan syiar Islam melalui zikir tausyeh serta menjadikan masjid sebagai tempatan perkumpulan masyarakat Islam tidak kira tua atau muda.

Di samping itu, ia juga untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan ahli jawatankuasa takmir/Muslimah masjid, kumpulan belia/beliawanis masjid, para pegawai masjid dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam dan pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Islam (KUPU SB).

Pertandingan berkenaan disertai oleh 16 pasukan terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa, 16 pasukan lelaki dan perempuan belia serta 10 pasukan lelaki yang terdiri daripada pegawai masjid.