Peserta negara raih satu lagi Gangsa di SUKMA

Peserta negara raih satu lagi Gangsa di SUKMA

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar ihsan Persatuan Taekwando

Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Peserta Tekwando Brunei Darussalam hari ini menambah satu lagi pingat gangsa di dalam temasya Sukan Malaysia yang kini berlangsung di Sarawak, Malaysia apabila peserta lelaki, Ahmad Izzat Ahsanuddin bin Sofian mara ke separuh akhir Kategori Feather Lelaki, hari ini.

Pada pusingan pertama beliau menang ke atas peserta dari Pulau Pinang dengan mata 25-5 sebelum menang di peringkat separuh akhir menentang peserta Johor Darul Takzim dengan mata 27-4 dan tewas tipis di tangan peserta tuan rumah Sarawak 13-15.

Pingat Emas pula bagi kategori itu dimenangi oleh peserta daripada Kedah Darul Aman yang menewaskan peserta Sarawak yang terpaksa akur dengan pingat perak dan seorang lagi peserta Sabah berkongsi gangsa bersama peserta Brunei Darussalam.

Ahmad Izzat Ahsanuddin (tengah) bergambar ramai bersama peserta daripada Brunei Darussalam di acara SUKMA 2016 itu semalam.
Ahmad Izzat Ahsanuddin (tengah) bergambar ramai bersama peserta daripada Brunei Darussalam di acara SUKMA 2016 itu semalam.

Sementara itu seorang lagi peserta wanita negara tewas di peringkat separuh akhir iaitu cynthia christine chin yee tsien bagi acara Bantam di tangan peserta daripada Negeri Sembilan Darul Khusus.

Menurut Pengurus Pasukan Taekwando, Pengiran Abdul Raub bin Pengiran Haji Ghani, penyertaan kali ini merupakan pencapaian terbaik untuk peserta tekwondo Brunei dan menurutnya peserta lelaki negara hari ini adalah peserta baru yang pertama kali menyertai pertandingan SUKMA.

Jelasnya lagi, beliau (Ahmad Izzat Ahsanuddin) mempunyai potensi yg sangat tinggi untuk meraih pingat di acara-acara yg akan datang,” ujarnya ketika dihubungi daripada Sarawak hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA