Peserta powerboat harumkan nama negara

Peserta powerboat harumkan nama negara

Oleh Pengiran Hajah Nazhatul Shima

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini menjadi tuan rumah Kejohanan PJRC Powerboat International Championship Merdeka Race 2015 yang disertai oleh tuan rumah Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Negara Brunei Darussalam.

Seramai 200 orang peserta menyertai pertandingan tersebut. Acara dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Awang Azizi bin Mohd Zain. Kejohanan turut disertai dan dimenangi oleh peserta dari Brunei dalam kategori masing-masing.

Peserta negara yang menyertai Kategori Kat D Cat Haji Mohammad bin Haji Jamal mendapat tempat ketiga, manakala Zulheary Matdon yang menyertai kategori Kat D Local Mono muncul sebagai juara dan seorang lagi peserta negara, Muslim Haji Lakim menduduki tempat keempat. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Awang Azizi.

Para peserta negara yang mengharumkan nama negara sempena Kejohanan PJRC Powerboat International Championship Merdeka Race 2015 di Kelana Jaya baru-baru ini.
Para peserta negara yang mengharumkan nama negara sempena Kejohanan PJRC Powerboat International Championship Merdeka Race 2015 di Kelana Jaya baru-baru ini.