Peserta promosi Ssangyong Tivoli menang Galaxy S6

Peserta promosi Ssangyong Tivoli menang Galaxy S6

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – James Ang membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S6 apabila dipilih sebagai pemenang utama dalam Promosi Daftarkan Minat Awda anjuran T.C.Y Motors Sdn Bhd bagi meraikan pelancaran kenderaan terbaru SSangyong Tivoli ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan, T.C.Y Motors Sdn Bhd, Annison di majlis yang berlangsung di Dewan Pameran, Cawangan T.C.Y Motors, Kiarong, hari ini.

Promosi berkenaan diadakan bermula 26 Mei hingga 12 Jun di mana para peserta hanya perlu untuk membuat pendaftaran ke laman mikro atau Facebook Tivoli.

Para peserta dalam promosi itu dikehendaki untuk mengisi maklumat mereka iaitu nama, nombor kad pengenalan, e-mel dan nombor telefon ke dalam laman mikro atau Facebook berkenaan di mana cabutan bertuah dibuat untuk menentukan pemenang hadiah utama promosi berkenaan.

James Ang (kiri) menerima Samsung Galaxy S6 daripada Annison (kanan).
James Ang (kiri) menerima Samsung Galaxy S6 daripada Annison (kanan).