Peserta Qari pulang ke tanah air

Peserta Qari pulang ke tanah air

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Dua qari negara yang menyertai Pertandingan Tahunan Putera Sultan bin Abdul Aziz Alu Saud dalam Menghafaz Al-Quran dan Sunah bagi Negara-negara ASEAN dan Asia Pasifik di Jakarta, Indonesia, telah selamat pulang ke tanah air, hari ini.

Wakil negara terdiri daripada Awang Irma Muhammad Hazmie bin Haji Matussin yang merupakan tenaga pengajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dan Awang Muhammad Aqiel Hidayat bin Haji Zulfa yang merupakan pelajar ITQSHHB.

Dalam pertandingan itu, Awang Irma Muhammad Hazmie menyertai kategori menghafaz 20 Juzuk Al-Quran dan Awang Muhammad Aqiel Hidayat dalam kategori menghafaz 10 Juzuk Al-Quran.

Muncul johan dalam pertandingan berkenaan bagi kategori 30 juzuk adalah peserta dari Republik Indonesia dan naib johan dari Australia (warga Mesir).

Peserta qari Negara Brunei Darussalam selamat sampai ke tanah air.
Peserta qari Negara Brunei Darussalam selamat sampai ke tanah air.

Sementara itu, johan dan naib johan bagi kategori 20 juzuk juga dari Republik Indonesia, manakala itu, tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Malaysia.

Bagi kategori 15 juzuk pula, johan disandang oleh peserta dari Filipina, manakala itu, naib johan dan tempat ketiga, masing-masing dimenangi oleh peserta dari Indonesia.

Dalam kategori 10 juz, peserta-peserta dari Indonesia menyerlah apabila menduduki tiga tangga teratas begitu juga dengan kategori Hadis yang diungguli oleh peserta-peserta dari Indonesia.

ARTIKEL YANG SAMA