Peserta SBYLEP lawat Daerah Temburong

Peserta SBYLEP lawat Daerah Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 9 Okt – Peserta Program Pertukaran Kepimpinan Belia Singapura-Brunei (SBYLEP) 2015 hari ini mengadakan lawatan ke Daerah Temburong.

Seramai 30 peserta SBYLEP terdiri daripada 16 peserta dari Brunei Darussalam dan 14 dari Singapura juga ditemani para pegawai dari kedua-dua buah negara.

Dalam kunjungan ini, para peserta diberi penerangan mengenai Daerah Temburong termasuk keramaian penduduk, keluasan, visi dan misi Jabatan Daerah Temburong.

Para peserta SBYLEP ketika bergambar ramai bersama Pegawai Daerah Temburong.
Para peserta SBYLEP ketika bergambar ramai bersama Pegawai Daerah Temburong.
Para peserta ketika berkesempatan menaiki Jambatan Gantung OBBD Daerah Temburong.
Para peserta ketika berkesempatan menaiki Jambatan Gantung OBBD Daerah Temburong.

Para peserta turut dibawa mengunjungi Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan-Jabatan Kerajaan di Pekan Bangar dan tempat-tempat menarik seperti Ulu Temburong dan Rumah Panjang Amo.

Sebelum itu, mereka juga dibawa melawat Projek Satu Kampung Satu Produk yang dihasilkan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong.

Hadir mengalu-alukan kehadiran mereka ialah Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

ARTIKEL YANG SAMA