Peserta SOBD tambah pingat

Peserta SOBD tambah pingat

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Sukan Olimpik Khas 2015 diteruskan lagi hujung minggu ini tadi dengan beberapa acara di mana peserta kita berjaya mencatat kejayaan bagi menambah kutipan pingat untuk Brunei Darussalam.

Atlet negara Muhammad Aminurr Rafie bin Haji Abdul Rahim meraih pingat emas untuk acara berjalan kaki 100 meter. Beliau juga berjaya membuat lontaran bola sejauh 26.5m, 26.58m, 26.55m dalam tiga percubaan untuk muncul dengan purata 26.58m lontaran untuk menduduki tempat keempat. Selepas pemenang pertama dan kedua dibatalkan, beliau akhirnya mendapat pingat perak.

Peserta lompat jauh, Nurul Mimi Silawati binti Muhammad Suhaimi mencatat lompatan sejauh 2.47m, 2.43m, and 3.04m dalam tiga percubaan untuk meraih purata lompatan sejauh 3.04m sekali gus memenangi pingat emas.

Siti Hazirah binti Zolkipki yang juga menyertai acara melontar bola mencatatkan lontaran sejauh 7.37m, 7.23m dalam tiga cubaan untuk meraih purata 7.37m bagi membawa pulang pingat gangsa.

Peserta Negara Brunei Darussalam bergambar dengan bendera negara dan pingat masing-masing sempena Sukan Olimpik Khas di Los Angeles.
Peserta Negara Brunei Darussalam bergambar dengan bendera negara dan pingat masing-masing sempena Sukan Olimpik Khas di Los Angeles.
Nurul Mimi Silawati meraikan kejayaan memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh.
Nurul Mimi Silawati meraikan kejayaan memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh.
Muhammad Aminurr Rafie juga mendapat pingat emas untuk acara berjalan kaki 100 meter.
Muhammad Aminurr Rafie juga mendapat pingat emas untuk acara berjalan kaki 100 meter.
Pemenang bergambar di podium dengan pingat masing-masing.
Pemenang bergambar di podium dengan pingat masing-masing.
Peserta golf Ahmad Zharfan selesai di tempat keempat selepas meraih 317 mata.
Peserta golf Ahmad Zharfan selesai di tempat keempat selepas meraih 317 mata.
Peserta negara bergambar dengan pingat perak.
Peserta negara bergambar dengan pingat perak.
Peserta SOBD Muhammad Aminurr Rafie sedang berentap dalam acara 100 meter berjalan kaki.
Peserta SOBD Muhammad Aminurr Rafie sedang berentap dalam acara 100 meter berjalan kaki.
Sebahagian daripada peserta Sukan Olimpik Khas yang turut menjayakan kejohanan tahun ini.
Sebahagian daripada peserta Sukan Olimpik Khas yang turut menjayakan kejohanan tahun ini.

Pencapaian Siti Hazirah untuk acara berjalan 100 meter dibatalkan kerana berlari selepas 50 meter, tetapi masih layak menerima riben kerana berjaya melengkapkan perlumbaan.

Mickelly Helmie Anak Jonsen sekali lagi menyumbang pingat untuk negara apabila selesai dengan 13.04saat dalam acara larian 100 meter sekali gus mendapat pingat gangsa dan Mohammad Nadihie bin Haji Abas dengan catatan 12.52saat meraih pingat perak.

Untuk acara golf, Ahmad Zharfan bin Ahmadiah, yang juga peserta termuda kejohanan dan Olimpik kali ini, selesai di tempat keempat selepas meraih 317 mata.

Nor Sahkinah binti Sikin dan Siti Nornabilah binti Samrah masing-masing mendapat riben setelah berjaya melengkapkan perlumbaan dalam acara 100 meter.

ARTIKEL YANG SAMA