Peserta SSEAYP jalani Latihan Kepimpinan

Peserta SSEAYP jalani Latihan Kepimpinan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Seramai 28 orang belia bersama ketua kontinjen yang akan menyertai rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) 2016, kini mengikuti Latihan Kepimpinan (Pre-Depature Training) sebagai persiapan terakhir bagi menyertai program berkenaan.

Latihan selama sembilan hari bermula 18 hingga 26 September ini antara lain bertujuan mengeratkan perhubungan persaudaraan dalam kalangan peserta selaku sebuah kumpulan yang mantap bagi menghadapi program sebenar yang tertumpu kepada persediaan fizikal dan mental setiap individu.

Ia juga untuk membuat persediaan rapi terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab ke atas kontinjen terutama bagi penyediaan persembahan kebudayaan, pameran, aktiviti kelab dan perbincangan kumpulan.

Menerusi latihan tersebut, para peserta program didedahkan mengenai pelbagai perkara bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap keadaan semasa negara dan hubungan antarabangsa sesuai denganperanan mereka sebagai ‘duta kecil negara’.

Antara aktiviti luar yang dilaksanakan oleh para peserta yang terpilih bagi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara ke-43, tahun ini.
Antara aktiviti luar yang dilaksanakan oleh para peserta yang terpilih bagi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara ke-43, tahun ini.
Antara para peserta SSEAYP yang terlibat dalam Latihan Kepimpinan bagi menyertai program berkenaan.
Antara para peserta SSEAYP yang terlibat dalam Latihan Kepimpinan bagi menyertai program berkenaan.

Latihan Kepimpinan yang berlangsung ketika ini melibatkan agensi-agensi dari luar yang diundang sama untuk memberikan input penting seperti ceramah-ceramah, bengkel dan yang bersesuaian dengan kehendak program ini.

Bermula 19 hingga 21 September para peserta dibawa untuk melakukan aktiviti luar yang antara lain memberikan latihan kepimpinan yang tertumpu kepada fizikal dan mental para peserta. Pada hari berikutnya, jadual mereka diisikan dengan aktiviti ceramah, lawatan sambil belajar, mesyuarat kontinjen, aktiviti berkumpulan, persiapan pameran, berkongsi pengalaman dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA