Peserta TPOC negara berlepas ke Bangkok

Peserta TPOC negara berlepas ke Bangkok

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Seramai sembilan orang ahli Leakside Jokerz Aisawan Brunei berlepas ke Bangkok untuk menyahut cabaran Thailand Paintball Official Circuit (TPOC) 2ND League yang akan bermula pada 21 dan 22 Mei 2016 ini.

Awang Mohamad Hanafie bin Haji Hussain selaku pengurus pasukan semasa di temui di ruang berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hari ini menjelaskan, penyertaan ini adalah kali kedua bagi ahli Leakside dan berharap pasukannya akan berjaya membawa pulang piala sebagai tanda kejayaan dalam musim ini.

Beliau seterusnya berkongsi mengenai pencapaian dalam penyertaan TPOC yang pertama, di mana pasukan negara hanya berjaya menduduki di tempat kelima dan melalui pengalaman yang telah diperolehi itu, ia akan dijadikan sebagai garis pandu untuk terus memantapkan teknik dan strategi dalam permainan tersebut.

Gambar beramai Leakside Jokerz Aisawan Brunei yang menyertai dalam TPOC 2ND League di Bangkok.
Gambar beramai Leakside Jokerz Aisawan Brunei yang menyertai dalam TPOC 2ND League di Bangkok.

Ketika mengulas lanjut mengenai persiapan yang telah dilaksanakan untuk menghadapi perlawanan TPOC ini, beberapa latihan telah dibuat terutama dari segi kecergasan dan ketahanan fizikal di mana menurutnya setiap perlawanan mempunyai fasa perlawanan perbezaan.

“Seperti TPOC Thailand ini mempunyai fasa perlawanan yang lebih cepat berbanding dengan Brunei dan juga Malaysia, di mana TPOC Thailand memerlukan kecergasan, ketahanan dan pengaturan strategi,”tambahnya.

TPOC ini disertai oleh negara tuan rumah Thailand, Brunei, Singapura, Malaysia dan Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA