Peserta WBG selamat tiba di Perancis

Peserta WBG selamat tiba di Perancis

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa aktivis wanita dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), termasuk dari Malaysia selamat tiba di pelabuhan Ajaccio, Perancis.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata semua peserta misi termasuk Anggota Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Dr Fauziah Mohd Hasan, berada dalam keadaan baik biarpun mereka tiba lewat daripada jadual asal berikutan masalah kesihatan dan cuaca buruk.

“Kami turut dimaklumkan amaran kuning dikeluarkan kerana ribut dan hujan lebat melanda di sekitar perairan Corsica namun kapal yang membawa muatan bantuan dan 13 anggota misi ini selamat sampai ke pelabuhan Ajaccio pagi ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kapal Zaytouna-Oliva memulakan pelayaran pada 8 malam Rabu (waktu Barcelona) dari pelabuhan Vell Moll De Bosch, Barcelona. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA