Pesona Rumah Panjang Teraja

Pesona Rumah Panjang Teraja

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 April – Sekumpulan kira-kira 30 orang daripada berbagai-bagai latar belakang bersama seorang pelancong dari Perancis telah singgah ke Rumah Panjang Teraja setelah mengadakan aktiviti merentas hutan, hari ini.

Rombongan tersebut yang turut mengadakan aktiviti pendakian Bukit Teraja, merupakan kalangan mereka yang menggemari keindahan alam semulajadi yang masih terkawal dan terdapat di kampung berkenaan.

Mengetuai rombongan ialah Pengurus Syarikat Sakam Enterprise, Mejar (B) Awang Mohd Volunshki bin Haji Momin dan disertai bersama oleh pemandu pelancong, Awang Bohari bin Abdullah.

Semasa lawatan ke Rumah Panjang Teraja, rombongan telah dialu-alukan oleh Ketua Biro Wanita, Dayang Embong Munah dan untuk menceriakan lagi kunjungan tersebut, beberapa persembahan tradisional seperti persembahan muzik guling tangan oleh warga di rumah panjang berkenaan serta persembahan tarian.

Selain itu, pameran hasil seni kraf tangan yang dihasilkan oleh kalangan kaum wanita di rumah panjang tersebut turut diadakan.

Merakamkan kenangan dengan bergambar ramai bersama rombongan pelawat dan penghuni Rumah Panjang Teraja, Ulu Belait.
Merakamkan kenangan dengan bergambar ramai bersama rombongan pelawat dan penghuni Rumah Panjang Teraja, Ulu Belait.
Salah seorang pelawat tidak mahu melepaskan peluang merakamkan kenangan dengan memakai pakaian tradisi puak Iban sebelum mengakhiri lawatannya.
Salah seorang pelawat tidak mahu melepaskan peluang merakamkan kenangan dengan memakai pakaian tradisi puak Iban sebelum mengakhiri lawatannya.
Persembahan Ngajat menjadi acara kemuncak persembahan tradisi yang di tunggu-tunggu oleh rombongan pelawat.
Persembahan Ngajat menjadi acara kemuncak persembahan tradisi yang di tunggu-tunggu oleh rombongan pelawat.

Rombongan juga berpeluang mendengarkan taklimat mengenai cara hidup di rumah panjang dan sebagainya yang disampaikan oleh Bendahari Rumah Panjang Teraja, Awang Fadillah bin Abdullah Jamit.

Suasana lebih mesra apabila rombongan disajikan makanan tradisi iaitu ayam dalam buluh dan pelbagai jenis hidangan lainnya yang menjadi makanan tradisi dalam kalangan penduduk di sana.

Persembahan Ngajat, dan Kuntau, sebagai persembahan kemuncak turut menceriakan lagi suasana lawatan rombongan ke rumah panjang itu setelah sesi ramah mesra yang menambahkan eratkan lagi silaturahim antara penghuni rumah panjang dan pelawat yang berkunjung.

ARTIKEL YANG SAMA