Pesta Adau Gayoh meriahkan pantai peranginan

Pesta Adau Gayoh meriahkan pantai peranginan

Oleh Saemah Kepli

 

SERIA, 2 Mei – Pantai Peranginan Sungai Liang menjadi tumpuan orang ramai terutama penduduk Mukim Liang untuk bersama-sama menceriakan Majlis Tiga Dalam Satu, iaitu sambutan sempena Hari Keluarga Kebangsaan, Pesta Adau Gayoh dan Tamu Ria, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang memaparkan beberapa acara menarik seperti pameran makanan tradisi, jualan bazar, beberapa acara sukan ria sekeluarga dan banyak lagi ialah Ketua Kampung Sungai Liang, Haji Mohd Ibrahim bin DMS Dian.

Rumah Terbuka Adau Gayoh menjadi pembuka tirai majlis dan disusuli pelbagai acara sukan keluarga. Adau Gayoh merupakan Hari Besar Puak Dusun dan Bisaya. Ia disambut setiap awal bulan Mei sehingga ke penghujung atau diadakan selepas masyarakat Dusun menuai padi.

Sambutan Hari Keluarga pula merupakan landasan ke arah mengangkat peranan institusi keluarga untuk memperkasakan institusi keluarga bagi melahirkan masyarakat berkualiti.

Haji Mohd Ibrahim menyaksikan pameran makanan tradisi Kaum Dusun pada Majlis Tiga Dalam Satu di kawasan Pantai Peranginan Sungai Liang.
Haji Mohd Ibrahim menyaksikan pameran makanan tradisi Kaum Dusun pada Majlis Tiga Dalam Satu di kawasan Pantai Peranginan Sungai Liang.
Acara sukan ria turut memeriahkan lagi majlis anjuran Persatuan Sang Jati Dusun Mukim Liang.
Acara sukan ria turut memeriahkan lagi majlis anjuran Persatuan Sang Jati Dusun Mukim Liang.

Ia juga diadakan bagi mengukuhkan kestabilan, keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran institusi keluarga dan negara.

Yang Di-Pertua Persatuan Sang Jati Dusun, PW2 (B) Juin bin Antin berkata, sambutan tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara masyarakat dan penduduk serta ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPK) berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA