Pesta Buku & Karnival Memperkasa Budaya Membaca dilancar

Pesta Buku & Karnival Memperkasa Budaya Membaca dilancar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Dalam usaha menanai budaya membaca, Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca bermula hari ini di Kompleks Dewan Serba guna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pesta anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu akan berlangsung selama 10 hari dan akan dilancarkan secara rasminya esok (27 Februari) oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, menurut Pegawai DBP, Awang Mohd Hilme bin Mohd Yahya.

Awang Mohd Hilme juga menyenaraikan beberapa aktiviti yang akan diadakan semasa Pesta Buku itu yang merangkumi ‘Emosi Membaca’, teka masakan, susun suai gambar dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti turut diadakan pada Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca di Kompleks Dewan Serba guna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Pelbagai aktiviti turut diadakan pada Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca di Kompleks Dewan Serba guna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Antara petak jualan buku pada Pesta Buku itu.
Antara petak jualan buku pada Pesta Buku itu.

Sambutan hari pertama agak menggalakkan dan beliau menjangka sambutan akan lebih memberangsangkan lagi dalam masa beberapa hari mendatang. Sebanyak 92 petak disediakan dan daripada jumlah itu, sebanyak 38 penyertaan terdiri daripada pengusaha tempatan dan antarabangsa yang menyediakan jualan pelbagai jenis buku.

Menurutnya lagi, pesta itu diadakan untuk menyemai minat dan memperkasakan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan rakyat di negara ini.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi pesta dan karnival itu bermula jam 8:30 pagi sehingga 10 malam setiap hari dan pada hari Jumaat, bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula pada 2:30 hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA