Pesta Kaamatan dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur Jun depan

Pesta Kaamatan dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur Jun depan

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) – Sambutan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan tahun ini dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada awal Jun.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi berkata ini bagi memberi peluang kepada penduduk di Semenanjung melihat serta mengenali keunikan budaya dan tradisi Sabah dengan lebih dekat.

“Perkara itu (sambutan Pesta Kaamatan) sudah diputuskan dan sekarang di peringkat bermesyuarat tentang pengisian acara itu.

“Kita mahu mempromosikan pesta menuai ke luar Sabah agar penduduk dan pelancong di sana boleh menyaksikan keunikan pesta ini sekali gus mempromosi Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pengurusan Chalet dan Rumah Rehat untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabah hari ini.

Pesta Kamaatan disambut setiap tahun pada Mei selama sebulan oleh masyarakat Kadazandusun.