Pesta Kerja Brunei 2016 ketengahkan Program Literasi Digital

Pesta Kerja Brunei 2016 ketengahkan Program Literasi Digital

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Pesta Kerja Brunei 2016 yang bakal diadakan di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei (BRIDEX), Jerudong pada 27 hingga 29 ini, akan mengetengahkan tema ‘Realising employment excellence through capacity building, competency and performance’.

Sesuai dengan tema berkenaan, salah satu aktiviti yang akan diketengahkan semasa pameran kerja anjuran Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri itu adalah Program Literasi Digital.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, program berkenaan merupakan program-program peningkatan kemahiran dengan objektif untuk mendidik lagi para pencari kerja tempatan mengenai peranti-peranti IT, etika-etika Internet dan e-Keselamatan Rangkaian Sosial.