Pesta Kesenian Brunei Perancis labuh tirai

Pesta Kesenian Brunei Perancis labuh tirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Pesta Kesenian Brunei-Perancis yang diadakan selama lapan hari bermula pada 12 hingga 19 November menutup tirainya semalam dengan majlis penutup yang diadakan di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Berkenan berangkat pada majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Turut berangkat anakanda-anakanda Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Pada majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan membuat persembahan perseorangan bermain piano dan juga persembahan bersama para pelajar lainnya.

Turut membuat persembahan dengan bertemakan muzikal pada malam itu ialah Sekolah Yippy Tune Musical.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan berangkat pada majlis tersebut.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan berangkat pada majlis tersebut.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan membuat persembahan piano.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan membuat persembahan piano.
Menteri Sumber –sumber Utama dan Pelancongan ketika hadir pada majlis tersebut.
Menteri Sumber –sumber Utama dan Pelancongan ketika hadir pada majlis tersebut.

Festival yang bertujuan untuk mempromosikan kesenian Brunei-Perancis itu mempamerkan pelbagai pameran seni dan tayangan filem seperti seperti The Rainforest Gallery, filem–filem Perancis, filem Switzerland dan novel kanak–kanak baru Perancis yang diperkenalkan oleh warga Brunei.

Pesta yang dianjurkan oleh Alliance Francaise de Brunei itu juga diadakan bagi mempromosikan bakat tempatan dan kepelbagaian dalam pelancongan serta aspek perniagaan Brunei.

Makan malam yang bertemakan warna putih dan meraikan berakhirnya pesta dengan harapan untuk mengukuhkan hubungan Perancis dan Brunei.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Menteri Sumber–sumber Utama dan Pelancongan, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Datin serta Duta Besar Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Loan Forgeron.

ARTIKEL YANG SAMA