Pesta Kikik 2016 meriah

Pesta Kikik 2016 meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Bagi menghidupkan festival layang-layang atau kikik dan memupuk minat orang ramai dan juga generasi masa kini terhadap permainan tersebut, Pesta Kikik 2016 telah dilancarkan di Dermaga Diraja, di ibu negara, hari ini.

Perasmian pesta sempena Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun itu telah disempurnakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

Pengerusi Persatuan Kikik Brunei Darussalam (PEKIKIK), Haji Maidin bin Haji Ahmad semasa ditemui pihak Media Permata menjelaskan bahawa pesta itu bukan kali pertama dianjurkan namun ia sudah lama tidak diadakan sejak tujuh tahun lepas.

“Alhamdulillah, dengan adanya peruntukan yang telah diberikan, tahun ini kami telah sama-sama menjayakan dan mengadakan Pesta Kikik sempena sambutan Hari Keputeraan ke-70.”

Jelasnya lagi, pesta yang dikendalikan oleh PEKIKIK dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan itu diharap akan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong cuba menaikkan pelbagai kikik pada Pesta Kikik sempena Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

Tetamu kehormat mencuba pelbagai jenis kikik yang diterbangkan.
Tetamu kehormat mencuba pelbagai jenis kikik yang diterbangkan.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali ketika menyaksikan pameran sempena Pesta Kikik 2016.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali ketika menyaksikan pameran sempena Pesta Kikik 2016.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan Pesta Kikik 2016.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan Pesta Kikik 2016.

Di samping untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Keputeraan ia juga adalah untuk menghidupkan kembali festival layang-layang ini dalam sama-sama memupuk minat orang ramai dan juga generasi masa kini terutama para belia dan remaja terhadap permainan kikik agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Haji Maidin juga menyatakan bahawa PEKIKIK menyeru lebih banyak badan-badan atau persatuan-persatuan untuk bekerjasama dengan persatuan itu dalam sama-sama meningkatkan lagi kemahiran orang ramai yang berminat dengan layang-layang.

Selain itu juga, persatuan berkenaan berhasrat untuk mengadakan bengkel-bengkel ke sekolah-sekolah di keempat-empat daerah di negara ini untuk memperkenalkan budaya permainan layang-layang ini kepada penuntut-penuntut sekolah agar permainan itu akan terus dikekalkan untuk masa depan.

Tambahnya lagi, pada masa ini, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat layang-layang sudah berdepan kemodenan seperti barang-barang plastik dan karbon dan ini juga membuatkan layang-layang itu lebih tahan dan kekal lama.

Pelbagai jenis kikik yang menghiasi dan mewarnai ruang udara di ibu negara.
Pelbagai jenis kikik yang menghiasi dan mewarnai ruang udara di ibu negara.

pg05_160919_f

pg05_160919_e

Salah seorang peserta yang mempamerkan kikiknya yang berwarna-warni di udara.
Salah seorang peserta yang mempamerkan kikiknya yang berwarna-warni di udara.
Antara peralatan penting dalam permainan kikik.
Antara peralatan penting dalam permainan kikik.

Pada pesta tersebut, ia juga dimeriahkan dengan tujuh jenis pertandingan iaitu Kikik Biasa, Kikik Sijulak, Kikik Siar Manjar, Kikik ciptaan bebas/kreatif, membuat dan menaikkan kikik, merekat kikik Panah-Panah bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan pertandingan mewarna kikik bagi kanak-kanak 10 tahun ke bawah.

Menurutnya lagi, setiap pertandingan ini telah disertai kira-kira tujuh orang peserta bagi setiap kategori yang terdiri daripada penggemar pemain kikik, orang ramai dan juga kanak-kanak.

Kesemua acara itu telah diadakan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah petangnya, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Juara bagi Kategori Membuat Kikik Biasa dirangkul oleh Awang Putra bin Haji Chuchu manakala juara bagi Kategori Kikik Ciptaan Bebas dan Kikik Siar Manjar telah dimenangi oleh Awang Malek Daud.

Kategori bagi Mewarna Kikik dimenangi oleh Awang Mohd Najib Hamdan, sementara Haji Tuah bin Haji Tarif pula juara bagi Kategori Kikik Si-Julak dan Kikik Biasa manakala Kategori Merekat kikik Panah-Panah telah dimenangi oleh Awang Mohd Najib Izzat bin Hamdani.

ARTIKEL YANG SAMA